Tuesday, October 5, 2010

blog baru!

salam smua. nak gitau ni, ada blog baru :p blog ni susah, ada banyak bende rosak. so harap2 follow ye yang baru nyer.

http://ceritafitrie3.blogspot.com
Baca lagi...

Monday, October 4, 2010

Sahabatku

Syukur alhamdulillah, persengketaan antara aku dan si dia telah tamat. Malah hubungan kami semakin rapat. Tapi semenjak dua menjak ni dia sering merajuk, aduhai, tegur sikit merajuk, gurau sedikit merajuk.


Seriously rasa macam ( haih ) sebegitu, tapi tak nak la hilang kawan right. Ah, tak mungkin. Hari-hari jumpa dia, lagi2 dia duduk sebelah aku, haha. Entahla, selepas tu gaduh dengan kawan dia pula. Alahai, dia merupakan kawan yg paling rapat semenjak aku masuk sekolah wangsa melawati ni. Hmm, boleh dikatakan segala rahsia aku cerita kat dia la. Maybe tingkahlaku aku menyinggungkan perasaan dia, tak berhenti2 aku cakap sorry, smpai dia tak layan. Selepas solat asar, aku nak pujuk dia, then dia tak layan lagi. So dengan berat hati la hilang kawan yang baik right, titis pula air mata aku ni :') Hmm maybe i'm too sensitive or whatsoever but i don't care, as long as my friend, always by my side :)


Ya Allah,
Tidak terkata hambamu ini,
Mulut tiba2 berhenti bergerak,
Hanya Alhamdulillahku ucapkan,
atas kebahagiaan persahabatan,
yang Engkau berikan.

Baca lagi...

Thursday, August 19, 2010

10 cara membahagiakan ibu bapa

(dipetik dri sentuhankasihsuci.blogspot.com)Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.



1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Baca lagi...

Tuesday, August 17, 2010

Ma rabbuka?

matahari,Ma rabbuka?

Kata matahari, Allahuakbar

Jika ku tanya pada bintang,

Ma rabbuka?

Katanya, Subhanallah




Jika ku tanya pada bulan,

Ma rabbuka?

Kata bulan, Alhamdulillah

Jika ku tanya pada seluruh alam,

Ma rabbuka?

Lailahaillallah muhammadurrasullullah

Namun jika ku tanya pada manusia,

Ma rabbuka?

Adakah jawapan sama akan kutemui?

Mungkin, mungkin dan mungkin..

Dari mulut mudah untuk berbicara,

Tapi dari hati, adakah mengingati?

Tapi dari anggota, adakah melakukan?

Sampai bila agaknya kita mahu biarkan kafir ketawa?

Melihat minda kita dikawal mereka

Memerhati kebodohan kita menjadi boneka mereka

Segalanya hanya agar kita jauh menyimpang dari Nya

Mereka tahu

Mereka sedar

Kita lah umat terkuat di dunia

Jika kita berpegang pada yang dua

Tetapi,

Adakah kita masih berpegang pada yang dua itu?

Adakah kita masih mengingatiNya?

Adakah kita?

Adakah?

Louis IX, “ sesungguhnya tidak ada jalan (cara) yang boleh menguasai orang Islam melainkan dengan menggunakan perkataan (penulisan), juga dengan cara menguasai dan meracuni pemikiran Islamnya dengan menimbulkan keraguan dan merosakkan isi kandungannyayang berteraskna kepada jihad itu. Semuanya tidak akan berjaya melainkan dengan menghantar pengembang-pengembang agama Kristian, mengadakan misi-misi muhibbah, mengadakan pengajaran, kokurikulum dan pendidikan serta membantu pemikiran barat Kristian supaya ia dapat menguasai pemikiran Islam dan kandungannya. (Tasawwur Islam, Haron Din)

.: Saya mengingatkan diri saya bersama:.

* Ma rabbuka = siapa Tuhan kamu?


Baca lagi...

Saturday, August 14, 2010

Harapan Ramadhan

Hm. oleh sbb skrg ni bulan ramadhan, nak la dengar lagu ramadhan en. teringat pulakk lagu ni ;

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna



Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

lirik yg penuh makna.. :D
lepas ni raya lahh. :)
Baca lagi...

Monday, August 9, 2010

Hukum perempuan bersanggul tinggi

Well, ak tengok ramai skarang dak dak pmpuan bersanggul tinggi en? trend katakan. byk bdak yg ___ je ikat tinggi2, pstu badan blkg nampak, siyesly nmpk cam boyan, ehe. sorry. censored :P tapi, smlm baru jumpa blog kwn eden nih (www.dotdetdot.blogspot.com), ada cite hukum pmpuan bersanggul tinggi. Hmm, bukan la nak tunjuk alim ke ape ke, cuma saja nak kongsi2 pengetahuan, mengingatkan korang dan juga diri aku sndri yang hanya insan biasa ;
 

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote:: “dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Quote:: “ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

hrp2 ak igt bende ni.. ohoho.



Baca lagi...

Friday, August 6, 2010

'Burn A Quran' day?

A Florida church known for its anti-Islamic statements is planning a ceremony to burn copies of the Quran in commemoration of the Sept. 11 .
The Dove World Outreach Center in Gainesville, Florida, has promoted on its website and other social networking sites the burning Islam’s holy book copies.
The church called for repeating its “Everybody Burn Quran Day” it celebrates “in remembrance of the fallen victims of 9/11 and to stand against the evil of Islam.”

The church, which also launched several campaigns against homosexuality and abortion, stirred much controversy last year after distributing T-shirts that read, "Islam is of the Devil."

Church leader Dr. Terry Jones published a book under the same title and posted outside the church a poster conveying the same message.

Several Facebook groups were formed to counter the campaign like “In Protest of International Burn a Koran Day” and “Against Everybody Burn Quran Day."

The Council on American Islamic Relations (CAIR) issued a statement asking Muslims to invite friends and distribute copies of the Quran.

Astaghfirullah..


Baca lagi...