Tuesday, July 27, 2010

Kelebihan Bulan Syaaban

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, Kerouac kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.



Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).


Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.
Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Baca lagi...

Sunday, July 25, 2010

Sekolah khas untuk pelajar mengandung

(dipetik dari blog)

SEKOLAH khas untuk pelajar mengandung dicadang bagi mengelak berulangnya kes seperti bayi perempuan dalam gambar ini yang ditemui di perhentian bas oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru semalam.




MELAKA - Kerajaan negeri Melaka semalam mengemukakan cadangan menubuhkan sekolah khas untuk pelajar mengandung, sama ada mengandung hasil perkahwinan sah atau menerusi perhubungan luar nikah, bagi mengatasi gejala pembuangan bayi sekaligus menyelesaikan isu keciciran dalam pelajaran.
Jika menjadi kenyataan, sekolah itu akan menerima pelajar dari seluruh negara.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan penubuhan sekolah itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran untuk pertimbangan.
"Kami serius mengenai cadangan ini, jika kementerian tak setuju, kami sendiri akan mengusahakan penubuhannya,'' ujar beliau selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini semalam.
Mohd. Ali berpendapat adalah lebih baik remaja yang mengandung mempunyai saluran meneruskan persekolahan daripada berhenti dan seterusnya tercicir dalam pelajaran.
Beliau bagaimanapun tidak mahu cadangan itu disalah tafsir sebagai galakan untuk remaja berkahwin atau hamil anak luar nikah.
"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu mereka buang bayi,'' katanya.
Bagi membantu remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin, beliau turut mengumumkan pemberian insentif RM500 kepada mereka untuk membantu urusan perkahwinan.
"Perkara ini telah dibincangkan bersama MAIM (Majlis Agama Islam Melaka) dan diluluskan pada mesyuarat Exco dua bulan lalu," katanya.


Baca lagi...

Saturday, July 24, 2010

10 Rahsia Tingkatkan Kecekapan Minda

Uji Minda Anda. Buat teka silangkata, Sudoku atau apa-apa permainan yang menguji kecekapan otak berfikir.

( alamak, eden mana tau sudoku suma tuh? tak pandai lah!)

Tak Perlu Makan Pil Supplement. Tak perlu multivitamin. Ini kerana supplement juga mempunyai side effects yang menggangu system otak walaupun banyak kebaikan.

( tak reti makan pil, makan ubat air tuh bole la..)

Relax. Ambil masa untuk bersiar-siar. Jangan stress kerana ia menyebabkan penghasilan bahan kimia yang menggangu otak terutamanya dibahagian menyimpan memori.

(ohyeh!)



Makan Ikan. Omega 3 yang terkandung dalam ikan baik untuk fungsi otak dan boleh mengubati masalah yang berkaitan seperti stress.
(ikan siakap,ikan kembung, memang laju!)
Minum Kopi. Kafein melindungi otak, terutamanya daripada serangan penyakit Alzheimer’s.
(kopi dutch lady tu boleh?)
Tidur Yang Cukup. Semasa tidur, otak akan memproses memori. Ada yang disimpan dan ada yang dibuang. Kalau tak tidur, protein akan terkumpul dihujung saraf otak membuatkan kita susah untuk berfikir.
(nasib baik sekolah petang, ehe :p )
Jaga Kesihatan Badan. Penyakit kronik seperti diabetes, obesity, dan darah tinggi boleh mengganggu system otak.
(yeah, motivate diri sendiri.. :p)
Makan Diet Seimbang. Makan berlebihan merosakkan otak. Kalori yang terlalu sikit pula menggangu fungsi otak.
(owww, ni yang eden lemah ni )
Pastikan Anda Makan Secukupnya. Tenaga yang banyak diperlukan otak untuk berfikir.
(Terlebih makan kot. )
Aktifkan Diri Anda. Senaman sememangnya baik untuk kesihatan otak. Sekurangkan-kurangnya buat senaman untuk 30 minit setiap hari. Bukan sahaja otak, jantung dan paru-paru juga turut sama mendapat kebaikan dari bersenam.
(main arnab pun jadilah.. )

Baca lagi...

Thursday, July 22, 2010

Jangan bersedih!

Ramai gak orang yg sedih psl putus cinta lah, psl kematian lah, psl markah kuranglah.. tetapi ingat .. :p

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati jadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam, dan harapan akan menghilang.



Jangan bersedih! Sebab kesedihan hanya membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang, dan membuat hakikat yang ada berubah-ubah.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha, dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut, dan benci kepada nikmat.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih tidak akan mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang telah mati, menolak takdir dan tidak bermanfaat.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih itu datangnya daripada syaitan, dan kesedihan itu rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan, depresi yang harus dihadapi, dan kegagalan yang menyakitkan.

Firman Allah SWT, mafhumnya:

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu. Dan Kami telah menghilangkan darimu beban. Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap.

(Al-Insyirah: 1-8)


Baca lagi...

Khalid Al-Miski :)

Khalid Al-Miski adalah seorang pemuda yang tampan, rajin beribadah, wara', ikhlas, rajin bekerja, dan amanah. Dia seorang pedagang keliling kampung yang membawa barang dagangannya di atas kepala.

Salah seorang wanita cantik tertarik pada Khalid Al-Miski yang tampan. Suatu hari, wanita ini memanggil Khalid dengan maksud akan membeli barang dagangannya. Ia telah merancang tipu-dayanya, lalu Khalid diminta agar masuk ke dalam rumahnya dengan alasan ia akan membeli dagangannya. Ternyata ia segera mengunci pintu-pintu rumahnya, kemudian berkata, "Kamu akan celaka, jika tidak mau melayani aku! Sebab aku akan memper­malukanmu di depan umum sehingga mereka menuduhmu ingin memperkosaku."

Khalid berusaha mengalihkan pembicaraan, tetapi tanpa membuahkan hasil. Lalu Khalid memperingatkannya dengan janji dan ancaman Allah. Akan tetapi, setan telah menguasai wanita cantik tersebut dan membutakan mata hatinya.

Ketika Khalid yakin bahwasanya ia tidak bisa menye­lamatkan diri dari ancaman wanita tersebut, maka ia tampakkan dirinya menyetujui permintaannya dan meminta izin untuk ber­benah diri di kamar mandi. Wanita itu bahagia dan setuju. Khalid masuk ke kamar mandi dan berpikir bagaimana caranya agar dapat terhindar dari godaan ini. Kemudian, Allah memberi petunjuk, sekalipun nanti tubuhnya akan kotor. Tidak masalah, asalkan ia dapat menghindarkan diri dari maksiat yang pasti mendatangkan murka Allah. Kemudian, Khalid melumuri wajah dan tubuhnya dengan tinja, dengan demikian tercium bau tidak enak, kelihatan jelek, dan menjijikkan.

Khalid keluar dari kamar mandi, begitu wanita tersebut melihat Khalid kotor dan menjijikkan, ia menghardik dan me­nyuruhnya keluar serta mengusir dari rumahnya. Pemuda tersebut lari dan meninggalkan rumah wanita untuk menyelamatkan diri dan agamanya.

Allah Ta'ala mengganti bau busuk dan menjijikkan itu dengan bau yang harum bagaikan minyak miski. Orang-orang pun dari kejauhan sudah mengetahui kedatangannya, sebelum mereka melihat Khalid, yaitu dengan mencium baunya yang harum. Sejak saat itu orang-orang memanggilnya dengan Khalid Al-­Miski.

Inilah seorang Mukmin yang sebenarnya, yang meyakini bahwa Allah senantiasa mengawasi gerak-geriknya setiap saat sehingga sekalipun di hadapannya seorang wanita yang cantik dan gemulai, namun ia merasa takut kepada Allah. Tidak takut kepada manusia atau undang-undang karena semuanya tidak dapat melihat dan mengawasinya sepanjang waktu. Hanya Dzat Yang Maha Mendengar dan Maha Melihatlah yang senantiasa memantau gerakannya. Khalid takut dengan bahaya yang ditim­bulkan oleh maksiat, maka ia mencari alasan dengan melumuri kotoran pada tubuhnya, dan justru ini menunjukkan kebersihan batinnya dan ketulusan imannya. Kemudian, Allah mengganti­nya dengan bau harum semerbak di dunia dan baginya di akhirat pahala yang besar dan berlimpah.

Sekarang ini, di zaman kita hidup, berapa banyak manusia melumuri wajah dan tubuhnya dengan parfum dan wangi­-wangian. Akan tetapi, bau busuk perbuatan mereka menjadikan mereka tercemar dan terbongkar keburukannya, walaupun mereka berusaha menutupi aibnya. Disebabkan mereka hanya takut kepada manusia, bukan kepada Allah. Balasan seseorang itu sesuai dengan jenis amalnya.


Baca lagi...

Wednesday, July 21, 2010

Kenapa tak rogol saya?

(Dipetik dari ohislam)
Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI?

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. InsyaAllah..

Baca lagi...

Monday, July 19, 2010

Bacalah..

Ini adalah kisah tentang seorang pemuda yang belajar diluar negara bahkan menjadi pelajar cemerlang Disana. Namun disebalik kejayaannya, dia menganggap itu adalah kehebatannya kerana pada dasarnya, pemuda itu sudah tidak memiliki agama dan tidak mempercayai agama yang dianuti ayahnya iaitu Islam, meskipun ayahnya adalah seorang Imam.
Ayahnya menjadi risau dan terasa berat akan situasi anaknya itu. Anaknya berjanji yang dia akan memeluk dan mempercayai Islam hanya setelah dia berpuas hati dengan jawapan kepada 3soalan yang dikemukakannya.Ayahnya gagal, dan begitu juga beberapa orang lagi ilmuan islam yang ditemui oleh ayah pemuda itu.
Akhirnya, ayah pemuda itu membawa anaknya itu kesebuah desa dipedalaman untuk menemui seorang imam tua. pemuda itu pada awalnya menolak kerana ilmuan terkemuka boleh gagal menjawab soalannya, inikan pula imam tua dari desa. namun bagi memuaskan hati ayahnya...pemuda itu hanya menurut tanpa bantahan.
Apabila pemuda itu bertemu dengan imam tua itu, dia tidak membuang masa dan lantas bertanyakan soalan::::...

Pemuda : Wahai imam, ayah saya mahu saya memeluk islam kembali, tapi
sebelum itu, saya ada tiga soalan....sudikah kamu mendengar
soalan saya?
Imam : Apa soalan mu wahai pemuda?
Pemuda : 1. islam mengatakan Allah itu Esa dan berkuasa atas
segalanya....Tunjukkan aku dimana Allah..
2. Syaitan dijadikan daripada api.....tapi kenapa mereka
akan dihumban kedalam api neraka iaitu tempat asal mereka
tentu mereka tidak merasa siksanya...
3. Takdir...ialah satu fakta dan kenyataan yang tidak jelas
dan tidak logik.

selesai sahaja pemuda itu menyebutkan ketiga-tiga soalannya. pada masa itu jugalah imam tua itu menhampiri pemuda itu lantas memberikan satu TAMPARAN keatas pipi pemuda tersebut.

Pemuda : Hei tuan imam, jaga amarah kamu dan jangan bertindak bodoh
seperti ini...(kata pemuda itu dengan marah)
Imam : Aku tidak marah wahai pemuda, aku hany memberimu jawapan
kepada ketiga=tiga soalanmu tadi.
Pemuda : Apa maksud Tuan imam?
Imam : pipi kamu sakit kan? Tunjukkan saya sakit itu....
Pemuda : Tentulah sakit, lihat pipi saya merah.
Imam : itu pipi...saya nak kamu tunjukkan saya mana sakit kamu...
Pemuda : Saya rasa sakit tu...pipi sayapun dah merah nie....
Imam : Tadi kamu tanya saya dimana Allah, Allah tidak dapat dilihat
tapi kita akan tahu kewujudannya dengan merasa dan melihat
bukti-bukti yang terpapar luas dialam ini. Sakit juga begitu

Pemuda itu tertunduk diam dan mula memahami....

Imam : wahai anak muda....pipi kamu adalah kulit...batul??
Pemuda : Betul...kenapa?
Imam : Tapak tangan saya juga daripada kulit..tapi kenapa kamu
merasa sakit sedangkan tangan dan pipi adalah kulit.begitu
juga dengan syaitan..mereka memang dari api..tapi api neraka
lebih dahsyat dan mereka akan kesakitan dan hancur di
dalamnya kelak.

Sekali lagi pemuda itu tersentak dengan jawapan imam tua itu....

Pemuda : Sekarang bukakan hatiku dengan jawapanmu yang terakhir wahai
imam yang bijaksana.....
Imam : Aku ingin bertanya....sebelum datang kedesa ini, tentu kamu
membuat perancangan kan?
Pemuda : Ya, setiap perjalananku akan ku atur dengan perancangan yang
teliti. itu amat penting bagiku....
Imam : Adakah menerima tamparan dariku ada dalam perancanganmu itu?
Pemuda : Tidak sama sekali....
Imam : kamu sangat bijak dalam merancang......
tapi adakalanya sesuatu yang tidak diduga akan terjadi jauh
menyimpang dari perancangan kita...itu dinamakan Takdir.

Subhanallah.....mendengarkan jawapan terakhir itu....
Pemuda itu menitiskan air mata keinsafan lantas mengucapkan Syahadah.

*adakah keraguan itu ada dalam diri kita....renungkanlah,tiada keraguan pada bukti Allah,jika terleka atau keliru,
Rujuklah Harta Warisan Rasulullah s.a.w. kepada kita semua umatnya..
AL-QURAN & AS-SUNNAH

Baca lagi...

Saturday, July 10, 2010

Suprise!

Selepas solat asar, ismawati panggil ak pergi tandas . "Fit jom gi tandas aku sakit perut la.." . " Lah asal kau tak ajak farhana? kau kan selalu dengan dia.." . "Dia busy. jom lahh.... pls" . Ak pun ikot lah. sambil ondaway pergi tandas,sembang2 la . dah smpai ke destinasi yg dituju, dia pun masuk.
punya lah lama dia duduk dalam tu.
"weh isma kau buat ape dalam tuu ? lama nya..." . "kejap la .." . Hish die ni betul2 ke saje nak sakitkan hati aku? haihh . haha. pastu bunyi flush, dia keluar. betul2 kan tudung pulak.serius lama. then kiteorang pun kuar la, nak pergi balik kelas 1f. pstu dia kata,skit perut lagi,nak pergi tandas balik . erghh . lagi sekali dia masuk tandas tu, ak pun tunggu kat luar. then tibe2 farhana datang, "weh isma cepat lah dah siap" . pastu bile farhana cakap camtu,isma terus flush.

Bila dah siap, kiteorang pun jalan la, naik tangga, pastu bile dah nak smpai dekat2 ngan kelas, ismawati kate " weh fit ko boleh tlong tak,tutup mata,pls" . "buat ape?taknaklah.nanti tak nampak jalan la.." . "ala fit pls pls pls," . "taknakkkkk!" pstu die yang tolong tutupkan mata aku smbil bawak ke kelas. aku cam nampak skit2 cikgu kat situ, pstu, bile farhana dah sruh bukak mata, aku pusing belakang , dan ...... HAPPY BIRTHDAY!

Aku pun macam, terkejut, + terharu,tak sangka diorang buat mcm ni dekat aku ;') diorang smua beratur sederet depan pintu kelas, aku jalan tengah2, so diorang cam..gelak2 smua ada. haha . ape lagi? nangisla! tangisan terharula,haha . pastu aida menjerit jerit , "sape yang nak makan kek , sila beratur!" . pstu cikgu suh aku potong,ak pun potong la smbil cikgu tangkap gmbar.hehe . menarik bukan? eceh :p pastu ade air float smua. memang terharu la en. ak nangis, pstu terus peluk budak budak perempuan satu satu,including budak cina. diorang macam terkejut, haha. takpe, tu tanda penghargaan en? :p then, dak2 cina tu amek kek sapu kat muka ak, pstu ak cam wow, terus amek kek , celek2 kat muka org laen :p budak laki takdala,diorang men belon, haha. then lepas dah main2 tuh,bdak kelas lain lak masok . buat macam rumah sendiri konon,haha.

Cawan kertas yang tak habis digunakan tu smua budak amik , then diorang conteng2 . pastu kasi kat aku. macam2 lah ada, happy brthday fitrie, dah tua, bahsa cina pun ada! hoho :p

Baca lagi...

Sunday, July 4, 2010

jenaka

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
===================================
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
===================================
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!
===================================
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
===================================
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah
===================================
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
===================================
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
===================================
SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
===================================
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI "

Baca lagi...

Doa ketika jatuh cinta

Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau
Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumimu
Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Amiiinnn.......

Baca lagi...