Saturday, July 24, 2010

10 Rahsia Tingkatkan Kecekapan Minda

Uji Minda Anda. Buat teka silangkata, Sudoku atau apa-apa permainan yang menguji kecekapan otak berfikir.

( alamak, eden mana tau sudoku suma tuh? tak pandai lah!)

Tak Perlu Makan Pil Supplement. Tak perlu multivitamin. Ini kerana supplement juga mempunyai side effects yang menggangu system otak walaupun banyak kebaikan.

( tak reti makan pil, makan ubat air tuh bole la..)

Relax. Ambil masa untuk bersiar-siar. Jangan stress kerana ia menyebabkan penghasilan bahan kimia yang menggangu otak terutamanya dibahagian menyimpan memori.

(ohyeh!)



Makan Ikan. Omega 3 yang terkandung dalam ikan baik untuk fungsi otak dan boleh mengubati masalah yang berkaitan seperti stress.
(ikan siakap,ikan kembung, memang laju!)
Minum Kopi. Kafein melindungi otak, terutamanya daripada serangan penyakit Alzheimer’s.
(kopi dutch lady tu boleh?)
Tidur Yang Cukup. Semasa tidur, otak akan memproses memori. Ada yang disimpan dan ada yang dibuang. Kalau tak tidur, protein akan terkumpul dihujung saraf otak membuatkan kita susah untuk berfikir.
(nasib baik sekolah petang, ehe :p )
Jaga Kesihatan Badan. Penyakit kronik seperti diabetes, obesity, dan darah tinggi boleh mengganggu system otak.
(yeah, motivate diri sendiri.. :p)
Makan Diet Seimbang. Makan berlebihan merosakkan otak. Kalori yang terlalu sikit pula menggangu fungsi otak.
(owww, ni yang eden lemah ni )
Pastikan Anda Makan Secukupnya. Tenaga yang banyak diperlukan otak untuk berfikir.
(Terlebih makan kot. )
Aktifkan Diri Anda. Senaman sememangnya baik untuk kesihatan otak. Sekurangkan-kurangnya buat senaman untuk 30 minit setiap hari. Bukan sahaja otak, jantung dan paru-paru juga turut sama mendapat kebaikan dari bersenam.
(main arnab pun jadilah.. )

No comments:

Post a Comment