Tuesday, October 5, 2010

blog baru!

salam smua. nak gitau ni, ada blog baru :p blog ni susah, ada banyak bende rosak. so harap2 follow ye yang baru nyer.

http://ceritafitrie3.blogspot.com
Baca lagi...

Monday, October 4, 2010

Sahabatku

Syukur alhamdulillah, persengketaan antara aku dan si dia telah tamat. Malah hubungan kami semakin rapat. Tapi semenjak dua menjak ni dia sering merajuk, aduhai, tegur sikit merajuk, gurau sedikit merajuk.


Seriously rasa macam ( haih ) sebegitu, tapi tak nak la hilang kawan right. Ah, tak mungkin. Hari-hari jumpa dia, lagi2 dia duduk sebelah aku, haha. Entahla, selepas tu gaduh dengan kawan dia pula. Alahai, dia merupakan kawan yg paling rapat semenjak aku masuk sekolah wangsa melawati ni. Hmm, boleh dikatakan segala rahsia aku cerita kat dia la. Maybe tingkahlaku aku menyinggungkan perasaan dia, tak berhenti2 aku cakap sorry, smpai dia tak layan. Selepas solat asar, aku nak pujuk dia, then dia tak layan lagi. So dengan berat hati la hilang kawan yang baik right, titis pula air mata aku ni :') Hmm maybe i'm too sensitive or whatsoever but i don't care, as long as my friend, always by my side :)


Ya Allah,
Tidak terkata hambamu ini,
Mulut tiba2 berhenti bergerak,
Hanya Alhamdulillahku ucapkan,
atas kebahagiaan persahabatan,
yang Engkau berikan.

Baca lagi...

Thursday, August 19, 2010

10 cara membahagiakan ibu bapa

(dipetik dri sentuhankasihsuci.blogspot.com)Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.



1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Baca lagi...

Tuesday, August 17, 2010

Ma rabbuka?

matahari,Ma rabbuka?

Kata matahari, Allahuakbar

Jika ku tanya pada bintang,

Ma rabbuka?

Katanya, Subhanallah




Jika ku tanya pada bulan,

Ma rabbuka?

Kata bulan, Alhamdulillah

Jika ku tanya pada seluruh alam,

Ma rabbuka?

Lailahaillallah muhammadurrasullullah

Namun jika ku tanya pada manusia,

Ma rabbuka?

Adakah jawapan sama akan kutemui?

Mungkin, mungkin dan mungkin..

Dari mulut mudah untuk berbicara,

Tapi dari hati, adakah mengingati?

Tapi dari anggota, adakah melakukan?

Sampai bila agaknya kita mahu biarkan kafir ketawa?

Melihat minda kita dikawal mereka

Memerhati kebodohan kita menjadi boneka mereka

Segalanya hanya agar kita jauh menyimpang dari Nya

Mereka tahu

Mereka sedar

Kita lah umat terkuat di dunia

Jika kita berpegang pada yang dua

Tetapi,

Adakah kita masih berpegang pada yang dua itu?

Adakah kita masih mengingatiNya?

Adakah kita?

Adakah?

Louis IX, “ sesungguhnya tidak ada jalan (cara) yang boleh menguasai orang Islam melainkan dengan menggunakan perkataan (penulisan), juga dengan cara menguasai dan meracuni pemikiran Islamnya dengan menimbulkan keraguan dan merosakkan isi kandungannyayang berteraskna kepada jihad itu. Semuanya tidak akan berjaya melainkan dengan menghantar pengembang-pengembang agama Kristian, mengadakan misi-misi muhibbah, mengadakan pengajaran, kokurikulum dan pendidikan serta membantu pemikiran barat Kristian supaya ia dapat menguasai pemikiran Islam dan kandungannya. (Tasawwur Islam, Haron Din)

.: Saya mengingatkan diri saya bersama:.

* Ma rabbuka = siapa Tuhan kamu?


Baca lagi...

Saturday, August 14, 2010

Harapan Ramadhan

Hm. oleh sbb skrg ni bulan ramadhan, nak la dengar lagu ramadhan en. teringat pulakk lagu ni ;

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna



Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

lirik yg penuh makna.. :D
lepas ni raya lahh. :)
Baca lagi...

Monday, August 9, 2010

Hukum perempuan bersanggul tinggi

Well, ak tengok ramai skarang dak dak pmpuan bersanggul tinggi en? trend katakan. byk bdak yg ___ je ikat tinggi2, pstu badan blkg nampak, siyesly nmpk cam boyan, ehe. sorry. censored :P tapi, smlm baru jumpa blog kwn eden nih (www.dotdetdot.blogspot.com), ada cite hukum pmpuan bersanggul tinggi. Hmm, bukan la nak tunjuk alim ke ape ke, cuma saja nak kongsi2 pengetahuan, mengingatkan korang dan juga diri aku sndri yang hanya insan biasa ;
 

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote:: “dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Quote:: “ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

hrp2 ak igt bende ni.. ohoho.



Baca lagi...

Friday, August 6, 2010

'Burn A Quran' day?

A Florida church known for its anti-Islamic statements is planning a ceremony to burn copies of the Quran in commemoration of the Sept. 11 .
The Dove World Outreach Center in Gainesville, Florida, has promoted on its website and other social networking sites the burning Islam’s holy book copies.
The church called for repeating its “Everybody Burn Quran Day” it celebrates “in remembrance of the fallen victims of 9/11 and to stand against the evil of Islam.”

The church, which also launched several campaigns against homosexuality and abortion, stirred much controversy last year after distributing T-shirts that read, "Islam is of the Devil."

Church leader Dr. Terry Jones published a book under the same title and posted outside the church a poster conveying the same message.

Several Facebook groups were formed to counter the campaign like “In Protest of International Burn a Koran Day” and “Against Everybody Burn Quran Day."

The Council on American Islamic Relations (CAIR) issued a statement asking Muslims to invite friends and distribute copies of the Quran.

Astaghfirullah..


Baca lagi...

Tuesday, July 27, 2010

Kelebihan Bulan Syaaban

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, Kerouac kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.



Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).


Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.
Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Baca lagi...

Sunday, July 25, 2010

Sekolah khas untuk pelajar mengandung

(dipetik dari blog)

SEKOLAH khas untuk pelajar mengandung dicadang bagi mengelak berulangnya kes seperti bayi perempuan dalam gambar ini yang ditemui di perhentian bas oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru semalam.




MELAKA - Kerajaan negeri Melaka semalam mengemukakan cadangan menubuhkan sekolah khas untuk pelajar mengandung, sama ada mengandung hasil perkahwinan sah atau menerusi perhubungan luar nikah, bagi mengatasi gejala pembuangan bayi sekaligus menyelesaikan isu keciciran dalam pelajaran.
Jika menjadi kenyataan, sekolah itu akan menerima pelajar dari seluruh negara.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan penubuhan sekolah itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran untuk pertimbangan.
"Kami serius mengenai cadangan ini, jika kementerian tak setuju, kami sendiri akan mengusahakan penubuhannya,'' ujar beliau selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini semalam.
Mohd. Ali berpendapat adalah lebih baik remaja yang mengandung mempunyai saluran meneruskan persekolahan daripada berhenti dan seterusnya tercicir dalam pelajaran.
Beliau bagaimanapun tidak mahu cadangan itu disalah tafsir sebagai galakan untuk remaja berkahwin atau hamil anak luar nikah.
"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu mereka buang bayi,'' katanya.
Bagi membantu remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin, beliau turut mengumumkan pemberian insentif RM500 kepada mereka untuk membantu urusan perkahwinan.
"Perkara ini telah dibincangkan bersama MAIM (Majlis Agama Islam Melaka) dan diluluskan pada mesyuarat Exco dua bulan lalu," katanya.


Baca lagi...

Saturday, July 24, 2010

10 Rahsia Tingkatkan Kecekapan Minda

Uji Minda Anda. Buat teka silangkata, Sudoku atau apa-apa permainan yang menguji kecekapan otak berfikir.

( alamak, eden mana tau sudoku suma tuh? tak pandai lah!)

Tak Perlu Makan Pil Supplement. Tak perlu multivitamin. Ini kerana supplement juga mempunyai side effects yang menggangu system otak walaupun banyak kebaikan.

( tak reti makan pil, makan ubat air tuh bole la..)

Relax. Ambil masa untuk bersiar-siar. Jangan stress kerana ia menyebabkan penghasilan bahan kimia yang menggangu otak terutamanya dibahagian menyimpan memori.

(ohyeh!)



Makan Ikan. Omega 3 yang terkandung dalam ikan baik untuk fungsi otak dan boleh mengubati masalah yang berkaitan seperti stress.
(ikan siakap,ikan kembung, memang laju!)
Minum Kopi. Kafein melindungi otak, terutamanya daripada serangan penyakit Alzheimer’s.
(kopi dutch lady tu boleh?)
Tidur Yang Cukup. Semasa tidur, otak akan memproses memori. Ada yang disimpan dan ada yang dibuang. Kalau tak tidur, protein akan terkumpul dihujung saraf otak membuatkan kita susah untuk berfikir.
(nasib baik sekolah petang, ehe :p )
Jaga Kesihatan Badan. Penyakit kronik seperti diabetes, obesity, dan darah tinggi boleh mengganggu system otak.
(yeah, motivate diri sendiri.. :p)
Makan Diet Seimbang. Makan berlebihan merosakkan otak. Kalori yang terlalu sikit pula menggangu fungsi otak.
(owww, ni yang eden lemah ni )
Pastikan Anda Makan Secukupnya. Tenaga yang banyak diperlukan otak untuk berfikir.
(Terlebih makan kot. )
Aktifkan Diri Anda. Senaman sememangnya baik untuk kesihatan otak. Sekurangkan-kurangnya buat senaman untuk 30 minit setiap hari. Bukan sahaja otak, jantung dan paru-paru juga turut sama mendapat kebaikan dari bersenam.
(main arnab pun jadilah.. )

Baca lagi...

Thursday, July 22, 2010

Jangan bersedih!

Ramai gak orang yg sedih psl putus cinta lah, psl kematian lah, psl markah kuranglah.. tetapi ingat .. :p

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati jadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam, dan harapan akan menghilang.



Jangan bersedih! Sebab kesedihan hanya membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang, dan membuat hakikat yang ada berubah-ubah.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha, dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut, dan benci kepada nikmat.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih tidak akan mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang telah mati, menolak takdir dan tidak bermanfaat.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih itu datangnya daripada syaitan, dan kesedihan itu rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan, depresi yang harus dihadapi, dan kegagalan yang menyakitkan.

Firman Allah SWT, mafhumnya:

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu. Dan Kami telah menghilangkan darimu beban. Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap.

(Al-Insyirah: 1-8)


Baca lagi...

Khalid Al-Miski :)

Khalid Al-Miski adalah seorang pemuda yang tampan, rajin beribadah, wara', ikhlas, rajin bekerja, dan amanah. Dia seorang pedagang keliling kampung yang membawa barang dagangannya di atas kepala.

Salah seorang wanita cantik tertarik pada Khalid Al-Miski yang tampan. Suatu hari, wanita ini memanggil Khalid dengan maksud akan membeli barang dagangannya. Ia telah merancang tipu-dayanya, lalu Khalid diminta agar masuk ke dalam rumahnya dengan alasan ia akan membeli dagangannya. Ternyata ia segera mengunci pintu-pintu rumahnya, kemudian berkata, "Kamu akan celaka, jika tidak mau melayani aku! Sebab aku akan memper­malukanmu di depan umum sehingga mereka menuduhmu ingin memperkosaku."

Khalid berusaha mengalihkan pembicaraan, tetapi tanpa membuahkan hasil. Lalu Khalid memperingatkannya dengan janji dan ancaman Allah. Akan tetapi, setan telah menguasai wanita cantik tersebut dan membutakan mata hatinya.

Ketika Khalid yakin bahwasanya ia tidak bisa menye­lamatkan diri dari ancaman wanita tersebut, maka ia tampakkan dirinya menyetujui permintaannya dan meminta izin untuk ber­benah diri di kamar mandi. Wanita itu bahagia dan setuju. Khalid masuk ke kamar mandi dan berpikir bagaimana caranya agar dapat terhindar dari godaan ini. Kemudian, Allah memberi petunjuk, sekalipun nanti tubuhnya akan kotor. Tidak masalah, asalkan ia dapat menghindarkan diri dari maksiat yang pasti mendatangkan murka Allah. Kemudian, Khalid melumuri wajah dan tubuhnya dengan tinja, dengan demikian tercium bau tidak enak, kelihatan jelek, dan menjijikkan.

Khalid keluar dari kamar mandi, begitu wanita tersebut melihat Khalid kotor dan menjijikkan, ia menghardik dan me­nyuruhnya keluar serta mengusir dari rumahnya. Pemuda tersebut lari dan meninggalkan rumah wanita untuk menyelamatkan diri dan agamanya.

Allah Ta'ala mengganti bau busuk dan menjijikkan itu dengan bau yang harum bagaikan minyak miski. Orang-orang pun dari kejauhan sudah mengetahui kedatangannya, sebelum mereka melihat Khalid, yaitu dengan mencium baunya yang harum. Sejak saat itu orang-orang memanggilnya dengan Khalid Al-­Miski.

Inilah seorang Mukmin yang sebenarnya, yang meyakini bahwa Allah senantiasa mengawasi gerak-geriknya setiap saat sehingga sekalipun di hadapannya seorang wanita yang cantik dan gemulai, namun ia merasa takut kepada Allah. Tidak takut kepada manusia atau undang-undang karena semuanya tidak dapat melihat dan mengawasinya sepanjang waktu. Hanya Dzat Yang Maha Mendengar dan Maha Melihatlah yang senantiasa memantau gerakannya. Khalid takut dengan bahaya yang ditim­bulkan oleh maksiat, maka ia mencari alasan dengan melumuri kotoran pada tubuhnya, dan justru ini menunjukkan kebersihan batinnya dan ketulusan imannya. Kemudian, Allah mengganti­nya dengan bau harum semerbak di dunia dan baginya di akhirat pahala yang besar dan berlimpah.

Sekarang ini, di zaman kita hidup, berapa banyak manusia melumuri wajah dan tubuhnya dengan parfum dan wangi­-wangian. Akan tetapi, bau busuk perbuatan mereka menjadikan mereka tercemar dan terbongkar keburukannya, walaupun mereka berusaha menutupi aibnya. Disebabkan mereka hanya takut kepada manusia, bukan kepada Allah. Balasan seseorang itu sesuai dengan jenis amalnya.


Baca lagi...

Wednesday, July 21, 2010

Kenapa tak rogol saya?

(Dipetik dari ohislam)
Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI?

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. InsyaAllah..

Baca lagi...

Monday, July 19, 2010

Bacalah..

Ini adalah kisah tentang seorang pemuda yang belajar diluar negara bahkan menjadi pelajar cemerlang Disana. Namun disebalik kejayaannya, dia menganggap itu adalah kehebatannya kerana pada dasarnya, pemuda itu sudah tidak memiliki agama dan tidak mempercayai agama yang dianuti ayahnya iaitu Islam, meskipun ayahnya adalah seorang Imam.
Ayahnya menjadi risau dan terasa berat akan situasi anaknya itu. Anaknya berjanji yang dia akan memeluk dan mempercayai Islam hanya setelah dia berpuas hati dengan jawapan kepada 3soalan yang dikemukakannya.Ayahnya gagal, dan begitu juga beberapa orang lagi ilmuan islam yang ditemui oleh ayah pemuda itu.
Akhirnya, ayah pemuda itu membawa anaknya itu kesebuah desa dipedalaman untuk menemui seorang imam tua. pemuda itu pada awalnya menolak kerana ilmuan terkemuka boleh gagal menjawab soalannya, inikan pula imam tua dari desa. namun bagi memuaskan hati ayahnya...pemuda itu hanya menurut tanpa bantahan.
Apabila pemuda itu bertemu dengan imam tua itu, dia tidak membuang masa dan lantas bertanyakan soalan::::...

Pemuda : Wahai imam, ayah saya mahu saya memeluk islam kembali, tapi
sebelum itu, saya ada tiga soalan....sudikah kamu mendengar
soalan saya?
Imam : Apa soalan mu wahai pemuda?
Pemuda : 1. islam mengatakan Allah itu Esa dan berkuasa atas
segalanya....Tunjukkan aku dimana Allah..
2. Syaitan dijadikan daripada api.....tapi kenapa mereka
akan dihumban kedalam api neraka iaitu tempat asal mereka
tentu mereka tidak merasa siksanya...
3. Takdir...ialah satu fakta dan kenyataan yang tidak jelas
dan tidak logik.

selesai sahaja pemuda itu menyebutkan ketiga-tiga soalannya. pada masa itu jugalah imam tua itu menhampiri pemuda itu lantas memberikan satu TAMPARAN keatas pipi pemuda tersebut.

Pemuda : Hei tuan imam, jaga amarah kamu dan jangan bertindak bodoh
seperti ini...(kata pemuda itu dengan marah)
Imam : Aku tidak marah wahai pemuda, aku hany memberimu jawapan
kepada ketiga=tiga soalanmu tadi.
Pemuda : Apa maksud Tuan imam?
Imam : pipi kamu sakit kan? Tunjukkan saya sakit itu....
Pemuda : Tentulah sakit, lihat pipi saya merah.
Imam : itu pipi...saya nak kamu tunjukkan saya mana sakit kamu...
Pemuda : Saya rasa sakit tu...pipi sayapun dah merah nie....
Imam : Tadi kamu tanya saya dimana Allah, Allah tidak dapat dilihat
tapi kita akan tahu kewujudannya dengan merasa dan melihat
bukti-bukti yang terpapar luas dialam ini. Sakit juga begitu

Pemuda itu tertunduk diam dan mula memahami....

Imam : wahai anak muda....pipi kamu adalah kulit...batul??
Pemuda : Betul...kenapa?
Imam : Tapak tangan saya juga daripada kulit..tapi kenapa kamu
merasa sakit sedangkan tangan dan pipi adalah kulit.begitu
juga dengan syaitan..mereka memang dari api..tapi api neraka
lebih dahsyat dan mereka akan kesakitan dan hancur di
dalamnya kelak.

Sekali lagi pemuda itu tersentak dengan jawapan imam tua itu....

Pemuda : Sekarang bukakan hatiku dengan jawapanmu yang terakhir wahai
imam yang bijaksana.....
Imam : Aku ingin bertanya....sebelum datang kedesa ini, tentu kamu
membuat perancangan kan?
Pemuda : Ya, setiap perjalananku akan ku atur dengan perancangan yang
teliti. itu amat penting bagiku....
Imam : Adakah menerima tamparan dariku ada dalam perancanganmu itu?
Pemuda : Tidak sama sekali....
Imam : kamu sangat bijak dalam merancang......
tapi adakalanya sesuatu yang tidak diduga akan terjadi jauh
menyimpang dari perancangan kita...itu dinamakan Takdir.

Subhanallah.....mendengarkan jawapan terakhir itu....
Pemuda itu menitiskan air mata keinsafan lantas mengucapkan Syahadah.

*adakah keraguan itu ada dalam diri kita....renungkanlah,tiada keraguan pada bukti Allah,jika terleka atau keliru,
Rujuklah Harta Warisan Rasulullah s.a.w. kepada kita semua umatnya..
AL-QURAN & AS-SUNNAH

Baca lagi...

Saturday, July 10, 2010

Suprise!

Selepas solat asar, ismawati panggil ak pergi tandas . "Fit jom gi tandas aku sakit perut la.." . " Lah asal kau tak ajak farhana? kau kan selalu dengan dia.." . "Dia busy. jom lahh.... pls" . Ak pun ikot lah. sambil ondaway pergi tandas,sembang2 la . dah smpai ke destinasi yg dituju, dia pun masuk.
punya lah lama dia duduk dalam tu.
"weh isma kau buat ape dalam tuu ? lama nya..." . "kejap la .." . Hish die ni betul2 ke saje nak sakitkan hati aku? haihh . haha. pastu bunyi flush, dia keluar. betul2 kan tudung pulak.serius lama. then kiteorang pun kuar la, nak pergi balik kelas 1f. pstu dia kata,skit perut lagi,nak pergi tandas balik . erghh . lagi sekali dia masuk tandas tu, ak pun tunggu kat luar. then tibe2 farhana datang, "weh isma cepat lah dah siap" . pastu bile farhana cakap camtu,isma terus flush.

Bila dah siap, kiteorang pun jalan la, naik tangga, pastu bile dah nak smpai dekat2 ngan kelas, ismawati kate " weh fit ko boleh tlong tak,tutup mata,pls" . "buat ape?taknaklah.nanti tak nampak jalan la.." . "ala fit pls pls pls," . "taknakkkkk!" pstu die yang tolong tutupkan mata aku smbil bawak ke kelas. aku cam nampak skit2 cikgu kat situ, pstu, bile farhana dah sruh bukak mata, aku pusing belakang , dan ...... HAPPY BIRTHDAY!

Aku pun macam, terkejut, + terharu,tak sangka diorang buat mcm ni dekat aku ;') diorang smua beratur sederet depan pintu kelas, aku jalan tengah2, so diorang cam..gelak2 smua ada. haha . ape lagi? nangisla! tangisan terharula,haha . pastu aida menjerit jerit , "sape yang nak makan kek , sila beratur!" . pstu cikgu suh aku potong,ak pun potong la smbil cikgu tangkap gmbar.hehe . menarik bukan? eceh :p pastu ade air float smua. memang terharu la en. ak nangis, pstu terus peluk budak budak perempuan satu satu,including budak cina. diorang macam terkejut, haha. takpe, tu tanda penghargaan en? :p then, dak2 cina tu amek kek sapu kat muka ak, pstu ak cam wow, terus amek kek , celek2 kat muka org laen :p budak laki takdala,diorang men belon, haha. then lepas dah main2 tuh,bdak kelas lain lak masok . buat macam rumah sendiri konon,haha.

Cawan kertas yang tak habis digunakan tu smua budak amik , then diorang conteng2 . pastu kasi kat aku. macam2 lah ada, happy brthday fitrie, dah tua, bahsa cina pun ada! hoho :p

Baca lagi...

Sunday, July 4, 2010

jenaka

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
===================================
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
===================================
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!
===================================
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
===================================
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah
===================================
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
===================================
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
===================================
SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
===================================
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI "

Baca lagi...

Doa ketika jatuh cinta

Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau
Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumimu
Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Amiiinnn.......

Baca lagi...

Sunday, June 27, 2010

Gerhana separa bulan

Err, semalam ada gerhana separa bulan , tapi terlepas mau tengok :(

(26 jun 2010)Gerhana Bula Separa dari jam 7:22 pm hingga 10:20 pm. Gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang bumi.



Gerhana pada 26 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 04:57 p.m. waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kebetulan juga pada waktu itu Bulan masih belum terbit lagi dari ufuk. Fenomena gerhana tersebut hanya dapat disaksikan apabila Bulan mulai terbit pada jam 7:22 p.m. dan Bulan telah pun memasuki bayang umbra Bumi (U1) sejak jam 6:17 p.m. lagi. Gerhana maksimum akan berlaku pada jam 7:38 p.m. Fenomena gerhana ini dapat disaksikan sehingga 9:00 p.m. apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi (U4).



Gerhana masih terus berlaku sehingga 10:20 p.m. tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.



Fasa Keterangan Masa

P1 - Bulan mula memasuki “Penumbra” 04:57 p.m.
U1 - Bulan mula mengalami fasa gerhana separa 06:17 p.m.
Maksimum - Bulan berada separa dalam “Umbra” 07:38 p.m.
U4 - Bulan keluar sepenuhnya dari “ Umbra” 09:00 p.m.
P4 - Bulan keluar dari “Penumbra” 10:20 p.m.




Orang ramai bolehlah memeriahkan Planetarium Negara pada 26 Jun 2010, jam 8.00pm - 10 pm. Masuk adalah percuma.



[Sumber: Angkasa Malaysia]



Kalau ada kesempatan lakukanlah Solat Sunat Gerhana Bulan ya..

Baca lagi...

Saturday, June 26, 2010

lelaki idaman?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMz6X9AOneWPqnB_6eWSKJ-jvHF2pN4U4EsPhrBDcJ3_xlyn61Zq4t02k1KHrxMYa7fAKDqdL8bBFu-YIXnmGj3UkCT9j7zsfH7BDX_K3Jhw1BPH-oYAkg76rMWUsd5Qlcui0GT7jj5cot/s400/baik%252B(1).jpg


Lelaki itu dikatakan LELAKI IDAMAN ANDA bila...

1. Si dia mengingati semua nama ahli keluarga dan teman rapat anda.

2. Si dia ada senarai nombor telefon ahli keluarga dan teman rapat anda.

3. Si dia dan anda rasa sangat serasi dan selesa bila bersama.

2. Bila anda berdua bergaduh, anda sedikit pun tak gentar dia akan tinggalkan anda.

3. Anda mampu dedahkan rahsia kepada dia sebab anda tahu dia akan terima baik & buruk anda
seadanya.

4. Anda langsung tak kisah nampak "bodoh" bila bersama dia dan langsung tak control ayu bila
keluar dengan dia.

5. Si dia memang cukup faham tingkahlaku anda sehinggakan fikiran dan gerak hati anda pun dapat dibaca.

6. Si dia akan buat anda rasa seperti andalah wanita paling cantik di dunia walaupun anda hanya berkain batik dan berbaju t-shirt saja ketika itu.

7. Si dia akan sentiasa menyebelahi anda walaupun ketika anda berselisih faham dengan teman rapat.

8. Si dia ingat hari-hari istimewa anda dengannya termasuklah harijadi anda @ hari perkenalan anda berdua.

9. Si dia tiba-tiba beri kejutan dengan memberikan anda hadiah walaupun bukan pada tarikh
istimewa!

10. Si dia akan rasa happy bila keluar dengan kawan-kawan @ keluarga anda.

p/s ; kalau kengkawan korang tibe2 tuka attitude, aduhai!


Baca lagi...

Thursday, June 17, 2010

Iklan raya

saat aku sedang melayan perasaan .. saje nak feeling2 sikit, teringat pulok iklan hari raya , petronas buat . aduh, memang tacink, aku suka iklan camni2 , tapi ni time raya, hahaha .
takpela,raya pun jadilah . lagipun tak lama lagi kan raya :D sesungguh nya takbir hari raya dalam vid ni buatkan aku tersentuh :(



Yang adibah noor ni plak tak leh bla,haha . enjoy :p



yang ni pulak.. kasih sayang kat ibu dia, nak daging, dapat lembu .. pucuk dicita ulam mendatang!






Baca lagi...

Tuesday, June 15, 2010

Petua kecantikan semulajadi


-Melicin dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

(nak licin?amalkanlah yer..)


-Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.
(stress? putus cinta? taknak orang nampak korang sedih ? amalkan yap )


-Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik
(dak perempuan or lelaki yang bulu mate die tak melentik,nak lentikkan, boleh la yer , tak yah guna mascara,haha )

-Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
(nak licin?nak cerah?haha, ikutlah cara nih )

-Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal
(hai, nak kurus?nak ramping?langsing? laki pun boleh..takda hal)

-Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
(ni tuk parut..)


-Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.
(tak payah pakai lipstik dah la .. )

-Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.
(putih kan lerr gigi ko tu, baru nampak smart :D )






Baca lagi...

Thursday, June 10, 2010

10 GOLONGAN YG TDAK DPT MENCIUM BAU SYURGA

http://lukisanjiwa.files.wordpress.com/2009/07/262245901_cbec30eafd.jpg

Erm, aku post ni pun sebab aku pun nak menasihati diri sendiri,yer,haha . bacalah ye :)


1. Pembunuh orang kafir mu’ahadah iaitu orang kafir yang mengikat perjanjian keamanan dengan orang ISLAM.

2. Orang mengaibkan atau mensia-siakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh ALLAH SWT. Contohnya, amanah anak-anak terhadap ibu bapa dan sebaliknya.

3. Orang yang berilmu tetapi ilmunya digunakan semata-mata mencari keuntungan dan kepentingan duniawi

4. Orang yang berangan-angan untuk beramal namun tidak pernah berusaha mengerjakannya.

5. Semua penderhaka sama ada kepada ALLAH SWT, Rasulullah SAW, Ibubapa dan lain-lain.

6. Peminum arak

7. Orang memutuskan silaturrahim.

8. Orang tua yang berzina

9. Orang yang sombong, bermegah dengan hal duniawi.

10. Isteri yang meminta diceraikan tanpa ada suatu kemunasabahan/kesalahan/keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.

‘Jangan jadikan diri kalian ibarat sekumpalan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda-benda yang kotor’


Baca lagi...

Kebenaran?

Photobucket


Assalamualaikum semua .

ya,mesti anda tertanya-tanya apa yang akan saya post , betul ? ceyh ayat aku cam ayat dalam tv pulak :p haha .

Hm,kawan aku hantar message dekat facebook, pasal israel smua tu kan. Kita smua dah sedia maklum pasal serangan israel . oke. Kepada orang2 yang mendoakan israel dilaknat,erm,sebelum tu.. baca ini .

"Wahai kawan-kawan, jangan berdoa meminta Israel dilaknat kerana maksud Israel adalah "Tuhan kami". Isra = Yang Teratas = Tuhan El = Kami Fikirkan, kita berdoa kepada Allah tetapi mengutuk Allah tanpa kita sedari apabila melaknat Israel. Gunalah istilah "Yahudi Laknatull...ah". Sila sebarkan maklumat ini. Wallahua'lam bissowab. Credit to Ustaz Nik for this info... kerol fikri: 1.BYE = maksud tersirat perkataan ini ialah "DI BAWAH NAUNGAN PADERI" 2.ASKUM = maksud tersirat perkataan ini ialah "DEWA YUNANI" 3.SEMEKOM = maksud tersirat perkataan ini ialah "CELAKA KAMU " MECCA = maksud tersirat perkataan ini ialah "TEMPAT @ PUSAT PELACURAN" RENUNG2KANLAH WAHAI SAHABATKU..... BANYAK2LAH MENGUCAP KALIMAH ALLAH DENGAN DOSA YANG TIDAK DISENGAJAKAN...."
Baca lagi...

Sunday, June 6, 2010

Terharu :'(

SubhanaAllah..




Rimau tuh makan monyet tu, tibe tibe kuar anak monyet tu. so dia jaga la.. terharu do.



kucing ni dipotong kaki nya kerana mencuri ikan.. :'(



Baca lagi...

Cerita orang inggeris..

Why do we read Quran, even if we can’t understand a single Arabic word?This is a beautiful story.
http://gayspirituality.typepad.com/.a/6a00d8341d27db53ef0120a5f92eec970c-800wi


An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.
One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?”
The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.
The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, “You’ll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.
The old man said, “I don’t want a bucket of water; I want a basket of water. You’re just aganot trying hard enough,” and he went out the door to watch the boy try in.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, “See Grandpa, it’s useless!”
“So you think it is useless?” The old man said, “Look at the basket.”

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.
Son, that’s what happens when you read the Qur’an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.”


Baca lagi...

Saturday, June 5, 2010

Arnab!

kiki sesat do.

Fifi xD
Bobo xD

abang aku agak serius nak menternak arnab , and bila da dapat anak, tunggu besar, jual . haha, aku pun cam tak caya. so tadi dia pegi shah alam dengan aku, sebab dia beli arnab melalui internet (mudah.com.my). 3 arnab angora , termasuk makanan 1 guni and mangkuk . berbaloi kan? RM250 only! haha. grr, tengok gmba nampak kecik. tengok2 bila datang umah owner tu besar rupenye. pergh, owner dia form 2 au. aku ingatkan ok la,haha . pastu tengok2 kecik dari aku.tapi dia nampak tegap.haha. abg die ,pergh, masyuk :p pakai spek. haha. aku baru prasan aku suka laki yang pakai spek :p entahla. :p hmm, mesti korang terbayang2 camna kan rupa diorang? okei,mari kita usha ..sesat do, satu gamba bawah yang len smua kat atas.hahha.


sekali pandang nampak cam anjing.. so gandakan lah pandangan korang yer.

yang betina tuh akak aku namakan dia chelsea, LOL . then abg aku kata "abeh yang tu arsenal?" . yang jantan pulak sekor tompok2 hitam tu nama dia fifi . :p yang sekor lagi nama dia bobo. ak bagi nama dia bobo sbb belakang dia bulu dia gugur sikit so nampak cam BOtak :p hahaha. sian dia, tapi kalau nak lagi cute lagi panggil bubu :p hahaha . gigi dia masalah do, sebelah patah kot, entah kenapa :O takpe2, aku still syg dia :'(

Baca lagi...

Thursday, June 3, 2010

Lady gaga satanic?

Kepade dak dak yang x tau ape maksud satanic.. maksud nye sembah setan x silap aku, kalau aku salah, betulkan aku yer.. haha . aku dapat tau ni mule2 sebab kawan aku join page dekat facebook 'lady gaga is satanic' . so aku pun macam hmm? then aku bkak aa page tuh, dia kata kalau x caye bukak utube an . so , aku tengok la utube tu . aku agak cuak bile dengar vid tuh, so aku mutekan. aku tengok je vid tu tanpa suara . but dont worry, dia ada tulis kat vid tu yer. saksikan..


hmm?aku pun sbnarnye ade research pasal illuminati smua ni, pasal mata tuh, korang search lah blog blog islam. ada banyak kat google. tapi pasal ni aku not sure la, korang tengok jela. kasi je lah pendapat korang yer.

Baca lagi...